Ihtifal Adik-Adik yang Soleh Solehah dan Comel Sekali :)

1:27:00 PM

Salaamullaahi alayk.
Syukran pada yang sudi bertandang ke blog ini. Apa adanya...

Pada 18 April 2010, sekitar seminggu yang lepas, Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat sempat ke Ihtifal Amal Islami Tahunan, adik2 sekolah rendah agama peringkat daerah di Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan berdekatan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Ada Nasyid, Syarahan Bahasa Arab, Azan, Musabaqah dan banyak lagi. Adik-adik, semoga kalian terus tumbuh membesar menjadi Mujahid Mujahidah Islam Insya Allah! 





Hakim nasyidnya, di kiri sekali berbaju biru turquoise adalah Akh Suhaimi Saad, ex In-Team. 
Bagus sekali penyanyi turun ke tengah masyarakat.
 Semoga artis-artis lain bisa mencontohi apa yang baik.




Ada gerai jualan. 'Ais-krim-goyang' (first time dengar dan tengok :P) mendapat sambutan hangat

Syukran pada pasangan qudwah ana yang telah memberi peluang, Ukhti Cahaya Petunjuk dan Akh Ibn Yusoff :) Insya Allah~ Ke sana bersama Ukhti Nur Jayyid@Ukhti Fariza, Ukhti Angah Rohani@Ukhti Rohani dan Ukhti Violet@Ukhti Syud juga pasangan pengantin baru yang bakal menjadi umi abi tidak lama lagi Insya Allah.

Dan dipilih Allah menjadi Hakim A bagi pertandingan Muhawarah Perempuan, sungguh memberi kesan yang mendalam~ Ada rasa tidak tentu hala lagi tidak berpengalaman, terharu, bersyukur, sebak dan kagum. Semua rasa pun ada :) 








Tajuk: Riadhah


Tajuk: As-Suuq


Tajuk: Riadhah

Antara peserta-pesertanya (sempat lagi tangkap gambar sambil menjadi hakim. Ngeee~ (>_<")

Pesertanya chinca kiopta, kawaii dan yang penting Solehah semuanya Insya Allah. Kagum pada kebolehan mereka berbahasa Arab dengan lancar walaupun menghafaz. Semoga Allah mengizinkan di suatu masa, ana mendapat permata hati seperti mereka Insya Allah. :)

Blogger Templates

You Might Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM @syahadatulhafizah

Subscribe