UNTUK ANDA YANG PRIHATIN DAN DIKURNIAKAN REZEKI OLEH ALLAH

by - November 12, 2010


IKHWAH DAN AKHAWAT YANG DIRAHMATI ALLAH, SERTAILAH AMAN PALESTIN DALAM MELAKUKAN IBADAH QURBAN UNTUK UMAT ISLAM SAUDARA SEAQIDAH KITA YANG TERANIAYA DI PALESTIN.
SESUNGGUHNYA MEREKA AMAT MENGHARAPKAN BANTUAN KITA YANG TELAH DIKURNIAKAN REZEKI DAN KESENANGAN DI BUMI BERTUAH MALAYSIA INI.

"Takutlah pada soalan dan bancian di akhirat berkenaan hartamu di dunia ini......"

Sadaqah Qurban ialah sejenis sedekah, ia dikaitkan dengan Ibadah Korban kerana sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli haiwan korban dan disembelih pada Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan kepada rakyat Palestin.
Orang yang memberi sedekah ini diberi -insyaAllah – pahala ‘wajib’ kerana sumbangan disalurkan kepada orang yang layak dan sangat memerlukan. Tabaru’ (sumbangan sunat) kepada rakyat Palestin adalah wajib mengikut fatwa ulama’ mu’tabar.
Al-Qardawi: “Saya berpendapat membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefardhuan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah.”
Dr. Wahbah Az-Zuhaili: “Dalam waktu sekarang ini para penduduk Gaza menjadi golongan utama untuk mendapat haiwan dan daging korban disebabkan keadaan mereka yang tengah ditimpa krisis… hal tersebut dihukum syib (menyerupai) wajib.”
Syeikh Faisal Maulawi (Timbalan Presiden Majlis Mufti Eropah, ulama terkenal Lubnan): “… boleh jadi ia adalah wajib iaitu menolong saudara-saudaranya yang sedang berjihad… “
Syeikh Farid Washil (mantan Mufti Besar Mesir): “Saya menyatakan bahawa penyaluran haiwan korban saat ini untuk masyarakat Gaza hukumnya wajib sewajibnya.”

>>> WEB AMAN PALESTIN
>>> ISI BORANG ONLINE DI
http://www.amanpalestin.net/ salam.php?borang_qurban

You May Also Like

0 Comments