LONG LIVE EGYPT ! THANKS SO MUCH TO MAKE US 'LIVE' AGAIN! =)

by - February 20, 2011


Long Live Egypt - تحيا مصر

(Egypt's Revolution Song - أغنية الثورة المصرية)




Perkongsian dari Wall Facebook saya:

Ada yang berkata:
"Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010.
Dia merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.
 Dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak. langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing
yang menyamar..."

Balas seorang lagi:
"..Kebangkitan rakyat di Mesir tidak semestinya perlu difahami dengan melihat agenda para konspirasi antarabangsa semata-mata.Kebangkitan rakyat menentang pemimpin yang zalim adalah suatu yang perlu.Malah blogger2 yang kononnya mendedahkan konspirasi barat tidak semuanya betul malah ada yang tersasah kerana tidak melihat dari aspek yang lain.Amerika dan Israel tetap akan terus menerus akan cuba memastikan pimpinan baru Mesir adalah golongan yang tunduk pada Amerika dan Israel namun Amerika dan Israel lupa bahawa ramai rakyat Mesir juga sedar dan ketahui pimpinan yang menjadi talibarut Amerika dan Israel.Contoh HM mengistiharkan memberikan kuasa pentadbiran kepada Osman namun rakyat Mesir menolak kerana tahu bahawa Osman juga talibarut Amerika dan Israel,kemudiannya 3 hari sebelum HM meletakkan jawatan HM dan Osman ingin mengadakan rundingan dengan pembangkang di Mesir namun rakyat Mesir memilih Ikhwanul Muslimin sebagai "orang tengah" di dalam rundingan kerana rakyat Mesir ketahui bahawa terdapat beberapa orang di dalam parti pembangkang juga merupakan talibarut Amerika dan Syarikat.Namun akhirnya perbincangan di batalkan Ikhwanul Muslimin kerana HM dan Osman tidak menepati kemahuan rakyat Mesir.

Apa yang dilihat dibeberapa blogger banyak menyatakan kononnya kebangkitan rakyat Mesir menentang HM adalah konspirasi Amerika dan Israel,bagi saya itu adalah penyataan yang tidak adil kerana kebangkitan tersebut hak milik rakyat dan kebangkitan tersebut merupakan kesan kesedaran rakyat bahawa pemimpinnya yang zalim tersebut yang menjadi talibarut musuh Islam dan telah menindas rakyat.Malah jika ditanya mengapa rakyat Mesir semakin ramai menuntut HM meletak jawatan maka kerana akan berkata berkaitan pintu Rafah.ini menunjukkan di sebalik konspirasi Barat terdapat kecacatan dan ditentang oleh rakyat.Dan jika diperhatikan bahawa kebangkitan rakyat menentang pemimpin yang zalim di akhir zaman adalah janji Allah yang terdapat di al quran dan hadith.malah suatu saat kebangkitan itu akan berlaku diseluruh dunia dan pemimpin yang zalim tersebut tidak mampu menghalang kebangkitan tersebut.maka kebangkitan perlu wujud dan diteruskan tetapi pelaksanaan dan cara perlu disusun rapi.

Talibarut Amerika dan Israel tidak diterima oleh rakyat Mesir namun Amerika dan Israel mungkin akan menggunakan pilihanraya sebagai medium mereka dengan mengadakan pilihanraya yang tidak adil dan memihak kepada mereka,namun seandai itu berlaku maka demontrasi besar-besaran mungkin berlaku lagi.Kebangkitan rakyat itu perlu namun cara dan pelaksanaan perlu lebih tersusun untuk memastikan "musuh di dalam selimut" tidak dipilih menjadi pemimpin.

Pendedahan konspirasi tidak semuanya fakta kerana kebanyakkannya

adalah persepsi oleh blogger itu sendiri
Wallahua'lam..."

Balas saya:
"..Subhaanallah..! Ya, saya memang tidak peduli sama konspirasi Amerika Atau Yahudi kerana BUKAN MEREKA YANG MEMEGANG TAKDIR DUNIA!! Selamanya mereka akan terhina. Mereka membuat makar dan rancangan jahat dan Allah juga merancang!
Dan Allah lah sebaik2 perancang!! Takbir!.."


LONG LIVE TUNIS, LONG LIVE EGYPT,
LONG LIVE PALESTINE,  
LONG LIVE MUSLIM UNITY ALL OVER THE WORLD,
LONG LIVE MALAYSIA, LONG LIVE UM!

 !! ثورة حتى النصر 
!! تحيا وحدة المسلمين

 
 Share This Post =)

You May Also Like

0 Comments