"MARIA" : A MUST READ NOVEL!
PROJEK INTELEKTUAL ASSOFF 2006
RESENSI BUKU
(mengimbau kenangan lama yang bisa menyuntik semangat baru
dan mengeluarkan bahan2 simpanan lama yang berguna
dari My Poket Doralin Acer 2930 untuk manfaat semua =)
TAJUK: MARIA
PENULIS: AMINAH UZQAN SYENLIKOGLU
PENULIS: AMINAH UZQAN SYENLIKOGLU
(EMINE SENLIKOGLU)
PENTERJEMAH : USTAZ MOHD ROFIZI DOLLAH
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) 99
(1999)
Disediakan oleh :
Syahadatul Hafizah binti Abdullah (Dakwah)
(mysyahadah@gmail.com)
(http://mysyahadah.blogspot.com/)
Akademi Pengajian Islam
2006
KATA PENGANTAR
Buku ini merupakan satu buku yang amat unik dan istimewa. Ia merupakan satu kisah benar yang berlaku di negara Jerman sekitar tahun 30-an berkaitan dengan seorang gadis bernama Mary (Maria). Penulisnya mendengar sendiri cerita ini lantas mengkaji untuk mengetahui status kesahihannya, dan akhirnya menulis cerita ini dan memberikannya tajuk Maria, nama watak utama cerita ini.
"MARIA"
Maria merupakan seorang gadis Jerman bermazhab Katholik, yang mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang anak kepada ibu yang fanatik terhadap mazhab tersebut dan ayah yang berfahaman Ateis. Ayahnya merupakan tokoh penting dan antara penggerak utama dalam fahaman Ateis. Maria berkenalan dengan seorang pemuda Mesir, Abdul Wahab. Abdul Wahab telah pun bertunang dengan gadis di tanah airnya iaitu Salwa. Salwa adalah gadis solehah yang telah membawa Abdul Wahab kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Akan tetapi, sering terjadi pertikaian hangat di antara mereka tentang agama. Maria tidak puas hati dan sering mempertemukan Abdul Wahab dengan paderi untuk berbahas tentang sesuatu perkara. Namun, Maria mula menyedari kelompangan di dalam mazhabnya. Hidupnya mula celaru antara Ateis dan Katholik. Maria telah berkenalan dengan Muhammad seorang pemuda Turki dan telah menjalin cinta dengannya.
Selepas itu, Muhammad telah kembali ke Turki namun begitu, percintaan antara mereka tidak terputus. Ayah Maria telah menghantar Maria ke Turki untuk membuat laporan tentang apa yang telah berlaku di sana dan untuk menyebarkan fahaman Ateis. Maria ke sana dengan harapan untuk mencari kekasihnya Muhammad. Dia mula berniat memeluk Islam setelah sering menerima dakwah dari Abdul Wahab. Keinginannya bertambah kuat untuk memeluk Islam setelah melihat akan keadaan huru-hara yang telah berlaku di Turki ketika itu di bawah pemerintahan Mustapha Kamal Attartuk. Selain itu, dia juga ingin memeluk Islam untuk berkahwin dengan Muhammad. Akan tetapi, ketika berjumpa Muhammad, Muhammad memberitahu Maria bahawa dia telah menganut fahaman Ateis. Maria jadi kecewa dan akhirnya telah memutuskan hubungannya dengan Muhammad.
Setelah memeluk Islam di Turki, Maria kembali ke Jerman. Abdul Wahab merupakan orang yang paling gembira dengan berita ini. Tidak lama selepas itu, Abdul Wahab mendapat berita yang amat mendukacitakan. Salwa, tunangnya yang berada di Mesir telah meninggal dunia akibat disiksa di dalam penjara. Perasaan cinta mula terdetik di antara mereka dan mereka merancang untuk berkahwin. Maria sendiri telah menukar namanya kepada Salwa. Ketika itu, ayahnya juga telah mula bersahabat dengan Abdul Wahab dan telah mula mendalami Islam daripada Abdul Wahab. Salwa (Maria) berasa amat gembira. Akan tetapi, rancangan perkahwinanan antara Maria terhalang oleh khabar kewujudan semula Salwa. Abdul Wahab mengambil keputusan kembali semula ke Mesir. Sekali lagi Maria terperangkap di antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan yang tidak pernah kenal erti belas kasihan dari ibu dan adiknya.
Di akhir cerita, Abdul Wahab balik semula ke pangkuan Maria kerana ternyata Salwa sebenarnya memang telah lama meninggal dunia akibat disiksa di dalam penjara. Cuma keluarga Abdul Wahab sahaja yang mengadakan cerita kerana mereka terdengar khabar bahawa anaknya sedang bercinta dengan seorang perempuan Jerman.
KATA PENUTUP
Buku ini amat menarik untuk dibaca berulang kali. Di dalamnya sarat terkandung fakta-fakta dan dalil perbahasan antara agama Islam dan agama Kristian. Ia sesuai dijadikan bahan rujukan untuk berdakwah. Di samping itu, ia mengangkat tema kemanusiaan seperti percintaan, kebenaran dan pengorbanan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.
1 Comments
sis... nk pinjam buleh? dh try cari xde cetakan lagi oleh pts...
ReplyDelete